Pegawai Perhubungan Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslim berkata mereka yang gagal berbuat demikian akan didenda sebanyak 20 peratus daripada amaun cukai yang dikenakan.
Sementara itu Masrun memaklumkan kesedaran untuk menggunakan kaedah E-Filing di kalangan pembayar cukai semakin meningkat, dengan LHDN mensasarkan sejumlah 3 juta pengguna akan menggunakan kaedah itu.
Pembayar cukai secara manual diberi tempoh sehingga tengah malam ini untuk mengfailkan cukai pendapatan mereka.
Mereka yang tidak boleh menghantarkan borang secara peribadi, boleh menghantarkan borang mereka menerusi kotak drop box yang disediakan di setiap cawangan LHDN.
Untuk pengguna menggunakan kaedah e-Filing, mereka diberi masa sehingga 15 Mei ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka
http://www.astroawani.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan