BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan
19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di
negara itu.
Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.
Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa,
firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah
syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.
Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam
Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai
kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam,
minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.
“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400)
dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh
seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi
bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati
jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat
saksi,” katanya.
Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam
bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan
masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400)
dan/atau penjara setahun.
“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak
mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.
sinar harian
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan