Bayi begitu sensitif di saat mereka dilahirkan. Banyak perkara tentang
seorang bayi yang perlu difahami dan diketahui oleh ibu bapa
terutamanya. Baik dari segi penjagaan luaran mahupun dalaman seorang
bayi. Oleh itu, tidak semua perkara yang baik untuk dewasa adalah baik
untuk bayi. Berikut adalah jenis-jenis makanan yang sememangnya sangat
baik untuk keperluan seorang dewasa namun tidak sesuai sekali diberi
kepada seorang bayi.
Garam
Gula
Madu
Jus buah pekat
Putih telur
Susu lembu
Susu rendah lemak
Garam
- Garam perlu dielakkan sehingga bayi berusia 12 bulan. Buah pinggang bayi dipercayai masih belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini
Gula
- Gula yang berlebihan tidak diperlukan untuk pertumbuhan seseorang bayi. Gula hanya akan menyumbang tenaga (KJ) tanpa sebarang nutrisi yang baik.
Madu
- Bayi di bawah umur 12 bulan tidak digalakkan memakan madu kerana kemungkinan kewujudan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi
Jus buah pekat
- Jus perlu dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air.
Putih telur
- Putih telur boleh menimbulkan reaksi alergik, oleh itu dinasihatkan tidak diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Bagaimanapun kuning telur boleh mula diberi kepada bayi yang berusia 9 bulan ke atas
Susu lembu
- Susu lembu hanya boleh diberi sebagai minuman utama bayi yang berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi.
Susu rendah lemak
- Jangan beri susu rendah lemak, susu cair mahupun susu tanpa lemak sebagai permulaan kepada bayi anda. Makanan rendah lemak tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan yang sepatutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan