Gelung induktif di atas jalan raya. |
Mungkin sebahagian besar pengguna jalan raya perasan akan kewujudan potongan alur di atas jalan raya, sebelum garisan berhenti di lampu isyarat. Tanggapan yang salah tentang "torehan" tersebut adalah terdapat sesuatu (penimbang) di dalamnya untuk mengesan berat sesebuah kenderaan yang berhenti di atasnya.
Sebenarnya, apa yang
tertanam di dalam alur ini adalah apa yang dikenali sebagai gelung
induktif. Ia berfungsi untuk mengesan perubahan "kearuhan" (inductance) atau medan magnet.
Ia menggunakan wayar yang dibalut mengelilingi logam (teras) dan
apabila wayar tersebut disambungkan ke bekalan kuasa, ia akan
menghasilkan medan magnet. Sensor yang dikenali sebagai meter kearuhan (inductance meter) akan sentiasa memeriksa kearuhan pada gegelung, juga dikenali sebagai induktor. Apa itu induktor?
Litar ringkas yang terdiri daripada bateri, mentol, suis dan gegelung wayar (induktor). |
Berdasarkan litar di
atas, tanpa induktor dan suis ditutup (ON), mentol masih mampu menyala
seperti biasa. Jika induktor dimasukkan ke dalam litar, mentol akan
bertindak sebagai perintang. Arus yang melalui gegelung mempunyai
rintangan yang lebih rendah dan nyalaan mentol akan menjadi malap, tidak
cerah sepenuhnya kerana kebanyakan arus akan melalui laluan yang kurang
rintangan. Namun, sebaliknya berlaku apabila suis ditutup (ON), mentol
masih menyala dengan terang dan kemudiannya baru menjadi malap. Apabila
suis dibuka (OFF) pula, mentol menyala dengan terang sebelum terpadam
tidak lama selepas itu.
Hal ini kerana wujudnya
induktor. Apabila arus mula melalui gegelung, gegelung bertindak membina
medan magnet. Sementara medan dibina, gegelung akan menyekat pengaliran
arus. Setelah medan terbina, barulah arus akan mengalir secara normal
melaluinya. Apabila suis dibuka (OFF), medan magnet disekeliling
gegelung memastikan arus terus mengalir melalui gegelung sehingga medah
yang terbina "tamat tempoh". Arus yang mengalir ini memastikan mentol
terus menyala untuk seketika walaupun suis telah dibuka (OFF).
Grafik bagaimana gelung induktif berfungsi. |
Apabila sebuah kenderaan
yang terdiri daripada banyak jenis logam masuk ke medan magnet
induktor, kearuhan akan meningkat. Kenderaan yang berhenti di atas
gelung yang ditanam bertindak umpama teras kepada induktor dan sistem
dimaklumkan terdapat kenderaan sedang berhenti di atasnya. Daripada
sini, pihak berkaitan (majlis perbandaran) akan menggunakan algoritma
tersendiri bagaimana maklumat ini akan digunakan pada lampu isyarat, di
samping berapa lama masa untuk lampu kekal merah atau hijau.
kongsa- kongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan