Jumaat, 2 Mei 2014

Peribahasa Moden Yang Rosak Di Telan Zaman..

Ha....Peribahasa moden...kalau dulu orang guna untuk peribahasa adalah sebagai perumpamaan untuk mengingatkan dan saling berpesan kepada yang lebih muda, kini dah jadi len pulak da.... apa yang lainnya dengan peribahasa ini...haa marilah selongkar....


  

1. ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.

2. BAPAK BOREK, ANAK RINTIK, EMAKNYA PASTI PETAK-PETAK.



3. BERAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI SEGUNI BERAS.

4. BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI.

5. CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI
SHUTTLECOCK.

6. CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.

Teruskan Selongkar...



7. DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.

8. DI MANA ADA GULA DI SITULAH ADA GULA-GULA.

9. DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITULAH ADA KESAN KENA PIJAK.

10. DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.

11. GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.

12. HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.

13. SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.

14. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.

15. HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.

16. HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.

17. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.

18. JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.

19. JIKA KAIL PANJANG SEJENGKAL,BELI LE KAIL YANG PANJANG SIKIT KALAU NAK NGAIL DI LAUT (BELI KAPAL TUNDA LAGI BAIK).

20. KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH

21. KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.

22. KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.

23. KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.

24. LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.

25. MAKAN HATI BERULAM JANTUNG DENGAN JERUK BUAH PINGGANG DAN USUS MASAK KICAP.

26. MASUK TELING KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.

27. MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.

28. ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.

29. PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.

30. PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.

31. SAMBIL MENYELAM TENGOK KAPAL SELAM.

32. SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.

33. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.

34. SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.

35. SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK
DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.

36. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN.

37. TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.


P/S : Tak boleh digunapakai ye..untuk soalan UPSR anak-anak... Its Just for fun..
selongkar10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...