Seorang
pengguna Reddit, carlinha1289, berkongsi gambar perkembangan mata
bayinya yang bernama Emma, dan pembedahan untuk memperbetulkan kedudukan
anak mata Emma yang berlainan (juling). Dalam perubatan, keadaan ini
dipanggil strabismus.
Emma pada usia enam bulan dan Emma pada usia 18 bulan

Gambar pertama ialah semasa Emma berusia enam bulan apabila ibu bapanya
mengesyaki ada yang tidak kena dengan matanya. Mata Emma juling, tetapi
pediatrician tidak berjaya mendiagnosis keadaan tersebut semasa Emma
berusia 3 bulan dan 5 bulan.
Emma semasa berusia 4 bulan
Emma semasa berusia 5 bulan

Emma semasa berusia 6 bulan

Cermin mata pertama Emma

Emma mula memakai cermin mata pada usia 8 bulan. Dia tidak sukakan
sangat cermin mata tersebut, walaupun dia nampak comel memakainya.
Emma semasa dibaptiskan (8 bulan)

Cermin mata baru, dan mata yang ditampal

Disebabkan pediatrician tidak mengesan masalah strabismus Emma,
penglihatannya tidak berkembang seperti kanak-kanak normal. Dia lebih
suka melihat menggunakan mata kiri dan menggunakan mata tersebut bila
saja boleh, jadi ibu bapa Emma menampal mata kirinya untuk mendorong
Emma menggunakan mata kanan.
Emma pada usia 14 bulan

Hari pembedahan

Setelah berada dalam senarai menunggu hospital selama setahun, Emma kini bersedia untuk dibedah.
Selepas pembedahan – pertama kali Emma membuka matanya.

Doktor memberitahu yang Emma akan berasa seolah-olah matanya berpasir. Pada masa itu Emma asyik meragam dan menangis.
Tidur dalam pelukan ibu.

Keluar dari hospital dengan ayah

Mata Emma sangat sensitif beberapa hari selepas pembedahan. Jururawat
memberikan Emma sepasang cermin mata berbentuk bintang, dan dia sangat
sukakan cermin mata itu.
Pembedahan berjaya!

Emma kini tidak lagi memerlukan cermin mata dan sebelah matanya juga
tidak perlu ditampal. Penglihatan Emma kini jauh lebih baik, walaupun
masih perlu menjalani pemeriksaan berkala.
http://penselrajin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan