Masalah berat badan berlebihan kini menjadi isu yang semakin serius dalam masyarakat kita. Ramai yang mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan, di bawah saya kongsikan info tabiat -tabiat yang menyebabkan masalah kegemukan
Makan makanan rendah/bebas lemak
Pasti
anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara
terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan
kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam
makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan
seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang
mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda
dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari
pakar.
Tidur terlalu sedikit/banyak
Hasil
daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam
akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda.
Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan
meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah
merupakan punca gemuk yang utama.
Minuman bergas
Kajian
mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari
akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat
teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan
seseorang.
Elak waktu makan
Berdasarkan
kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju
bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia
sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda
tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan
merangsang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara
berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.
Makan terlalu cepat
Hasil
daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati
bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara
berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20
minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang
secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak
sedari.
panduan-tips-petua.blogspot.
panduan-tips-petua.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan